Welcome to our site

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Followers

Thursday 21 April 2011

Tips lajukan broadband part 2

Ok nie tips aku yang ke 2 . bagi aku aku tips nie baik digunakan sebab Daa 5 laptop kwn aku buatkan..semua berpuas hati . first dorang cakap. wahh laju lah or laju erk . .Hehe.  .:) . 


OK begini ~


1.Start -> Taip CMD (Command prompt akan keluar nnt) 


2.Taip IPCONFIG untuk mendapatkan IP Address Anda.




3.Buka Notepad -> Masukkan Kod ini -> c:\windows\system32\ping (Masukkan IP anda) -t




4.Simpan Notepad tersebut sebagai Ping.bat -> Letakkan di Desktop anda.


5.Run Ping.bat tadi.anda akan dapat paparan seperti ini .



6.Anda boleh cuba sama ada kelajuan internet anda berubah ataupn tak.aku sarankan guna google chrome. :)


Senang kan. . hehe! Owh yaa . .setiap kali melayari internet tau On9 . Ping.bat nie mestilah Run .Lagi 1 setiap kali disconnect Ip Address akan berubah.Jadi Kenalah wat sekali lagi langkah2 di atas nie. Edit sahaja Ip Address kat notepad tue. .begitulah seterusnyaa . .hehehe!! 


*Selamat Mencuba Kawan2 . .Klu tak dapat blh lah tny aku kat email evisu5o5@gmail.com . OK . . :) . Sharing is Best. ! . .

Wednesday 20 April 2011

Tips lajukan broadband part 1

as salam smua. . :) . bab slow2 nie mungkin da perkara biasa bagi pngguna broadband kn . klu daa slow macam siput tue paa lagi . .mulaa lah memaki hamun . .kan3. . hehehe! . .ok bgni . .aku ada tips yang nak d share. .nie basic jak. mungkin ramai da yang tahu . .


Ok bgni ~ 


1.Start broadband interface


2.Click tools 


3.Click options


4.Click Network pas tu korang akan dapat paparan macam kat bawah nie .



5.Select Network Type 


6.Select WCDMA/3G only then Apply click OK.


7.Lepas tu Connect jak seperti biasa.HSDPA akan keluar nnt. 




Senang kn. . hehe! .Selamat Mencuba . . :)



Saturday 16 April 2011

Internet Paling Laju Di Dunia


Seorang wanita berumur 57 tahun ini merupakan warganegara Sweden, menetap di Kristad, telah mencatat sejarah dan rekod dunia IT dengan memiliki dan menggunakan khidmat talian internet terpantas di dunia, iaitu selaju 40Gbps(Gigbits per second).
Namun, bukan Sigbritt yang setup segala hal mengenai internet connection ini tetapi anak lelakinya yang merupakan seorang internet legend di Sweden, Peter Löthberg, yang mengatur segalanya. Memang untuk mak cik ini kerana dia mampu melayari & menonton 1,500 channel HDTV secara serentak tanpa buffering & lagging, selain mampu mendownload HD DVD dalam masa 2 saat sahaja.
Wahhh Bestnya klu line aku mcm nie. ! huhu .! blh dwnload Byk movie . :p
Credit : myFirdaus


Friday 15 April 2011

Selamat Hari jadi Zizan



wahh hari nie bday Zizan . .slmat ulang tahun . . my Febret comedian . .hehe .. 


Profil Zizan Raja Lawak
NAMA PENUH: Mohd Razizan Abd Razak
TEMPAT LAHIR: Dungun, Terengganu
TARIKH LAHIR:15 April 1984
PENCAPAIAN:   Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards
FILEM: Hantu Bonceng, KL Gangster, Baik Giler dan Kapoww .

Tuesday 12 April 2011

Terima Kasih Sahabat

Semalam aku on9 FB dengan classmate aku kat politeknik dulu.skrg nie semua classmate aku dah habis tinggl tunggu konvokesyen jak .Macam biasalh . .first kami chat tanya kabar.tengh buat apa skrg,macam2 lagi lah . classmate aku nie sbnarnya skit gigi. dia tak tahan.aku bagitau lah cuci gigi tue guna air garam.cita pny cita.Aku tanya lah dengan dia Apa Tips Untuk Final Exam.Dia bagi tips nie. .Fuhh . aku baca tips tue . lepas aku baca.. aku bertanya pada driku aku blh tau tidak. 


aku : chris exam x lma lg. ko ada tips?


chris : tipss...jgn main dota...jgn mls2..guna usaha sndri....bole ka kwn?


aku : eyah kwn . . blh bha. .aku usaha lah sdh tue. . tp msalhnya skrg kn . .aku ktagih owh men fb dgn blog. .


chris : hehe...kasi tinggal kan dlu tu...tngok mcm aku...last sem bru aku berubah...kasi kurang ckit men fb...ko ikutla jejak ku..men fb tue tak mnjanjikan msa depan.ko stdy jak rajin2 ..nnt ko hbs poli.sdh graduate. ko on9 lah spuas2nya . siang mlm ko on9 fb & men blog. .blh kan .


aku : eyah kwn. .trima kasih ats nsihat,tguran & tipsnya . 


*chat box kami semalam..trima kasih shbat.aku akn sntiasa berusaha buat yg trbaik.insyaallah kta sma2 konvokesyen nnt.AMIN*









Friday 8 April 2011

Aku seorang jutawan



wahh nie first segmen cik MyMye.. rsa nak ikt plak . .msti best segmen nie. .hehehe .  ok2. .segmen dia aku seorang jutawan .klu aku jadi jutawan benda yang aku nak buat ialah:



*Bwa family aku naik HAJI.
*Buat rmh besar mcm ISTANA . .hehe!
*Bayar broadband aku selama 60 tahun
*Nak pasang aircond kat bilik aku yang paling sejuk ala2 salji  . . Hehe.!
*Melancong Ke luar negara.terutama gold coast Australia .nak sgt pegi sna. .hahaha! .


~Pa lg erk.ssh gak telampau boros nie .slp2 jadi mcm Jutawan Fakir.Hahaha.!~

Sukar Tidur atau Insomnia?

Jam Da nak pukul 6 . tapi aku dgn roomate aku nie masih lagi tak tidur. .huh . Bkn kali ptama tp da byk kali terjadi begini .kwn aku chalek sibuk dengan edit2 gmbar .jenol plak sibuk dgn game poker.aku pa lg blogwalking lah.sibuk round blog orang cari2 info kat encik google . hehehe.! .ntah lah dgn kmi bertiga nie . insomnia kah apa. .huhu. !hrap lah tidak . Jom baca !:




Tidur merupakan aktiviti paling penting untuk merehatkan minda. Fungsi tidur ialah memberi peluang kepada badan untuk berehat, memudahkan proses membina semula tenaga, mengukuhkan daya intelek dan meningkatkan ketahanan sistem imunisasi. Tidur yang cukup menunjukkan seseorang akan berasa lebih bertenaga ketika bangun pagi. Tempoh masa tidur bagi seseorang bergantung kepada individu tersebut. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang meningkat.

Namun begitu, sesetengah individu mungkin pernah mengalami kesukaran untuk tidur. Insomnia ialah satu keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk tidur dengan nyenyak atau berasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur lama. Pesakit insomnia akan menjadi kurang aktif dan kurang bertenaga pada siang hari. Imsomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Tanda-tanda dan gejala insomnia :

* Sukar untuk tidur
* Terjaga beberapa kali di waktu malam dan mempunyai masalah untuk tidur semula
* Bangun terlalu awal di waktu pagi
* Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia :

* Tekanan (mungkin masalah kewangan atau masalah kerja)
* Pergaduhan suami isteri
* Penceraian
* Kehilangan orang yang dikasihi
* Berpindah ke tempat baru
* Kekurangan zat makanan
* Sakit
* Masa tidur yang tidak teratur

Cara mengatasi insomnia :

* Elakkan meminum minuman berolkohol atau merokok
* Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Elakkan membawa masalah ke tempat tidur
* Jangan memaksa diri untuk tidur
* Amalkan mandi menggunakan air suam
* Cuba membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Dengar muzik yang boleh menenangkan fikiran
* Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengira waktu anda tidur
* Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda ambil dengan ahli farmasi anda.

                   Amalkan gaya hidup sihat. :thumbup1:
                         Credit:Sabahforum
                                                         

Telur palsu pun wujud


Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini Selasa.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.



credit:http://batulesung.blogspot.com

Tuesday 5 April 2011

gegar 1 ribu blog april bermula


Jom Join abg Ben . :) . klik Sini


Keburukan tidur lewat dan bangun lambat

Tidur lambat..perkara yang biasa terjadi di kalangan kami student ipta .entah kenapa mata nie tak boleh tidur awal.asal jak nak tidur awal ada jak benda hendak di buat nak kata belajar .jarang juga . hihi .Aku blh dikatakan setiap hari tidur lambat .bagi aku jam 3 pagi tue lah jam2 aku tidur kdang2 sampai jam 4 tau 5 tak tdr. . HEhe! . klu penat da menghadap laptop baru lah lelapkan mata .Da tidur lewat macam biasalh confirm bangun lambat. Jumpa lagi dengan roomate aku nie .chalek & jenol . boleh dikatakn setiap hari kami macam bertanding plak siapa lagi lewat tdr dgn siapa lagi bangun lambat. . Haha.! . Owh ya . .Td aku round2 lah encik google & blog last jumpa artikel nie.Baru tahu benda nie dengan lebih lanjut .Jom baca :


Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. 

Bestnya dapat tidur secukupnya setiap hari.

Utamakan Kesihatan . :)



Sunday 3 April 2011

Tahniah!

               Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 SM Teknik Tawau , (sKola ku dahulu .) Hehe . . Majlis yang diadakan setiap tahun sejak 2001 ini bertujuan utk meraikan dan memberi penghargaan, peluang serta ruang kepada pelajar supaya dpt merasai keadaan konvokesyen sebenar.majlis nie d langsungkan pada 2 april tp bru aku nak post nie. .sbb bz ada keja lain nak buat. . hehe. ! . Best lah dpt tgk adek2 nie konvo . .meNyesal jg rsanya hari tue time konvo aku tak dapat datang sebab tgh bekerja.  .Sob3. . .! teda lah gambar kenangan aku masa kat Sm teknik batch Pkee 05/06  . .HUh! . .











Bha antara pic konvo td. . Hehe. ! klu nak tgk lagi blh klik link nie . : Di Sini 






Saturday 2 April 2011

Maharaja Lawak!

      Minat dengan raja lawak.? aku dulu x Da lah mnat program realiti raja lawak nie.! hehe . .tp semenjak wujudnya 2 pelawak baru nie. . start tue Lah aku mnat. . Nak tahu sapa. . Owh Ya aku bukan nak cerita pasal aku minat siapa.! yang aku nak cita nie ialah Maharaja Lawak !siaran setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) mulai 1 April ini . !


      Kalau nak tahu . .maharaja lawak nie merupakan kesinambunngan dari  raja lawak 1 hingga 5 . .di mana semua juara dan naib juara bertanding semula untuk merebut JUARA maharaja lawak .! Tapi tak silap aku kumpulan Balas tempat ketiga . .

Peserta maharaja lawak yang akan btanding nnt! :
Yus
Tauke
Johan & Zizan (Jozan)
Nabil
Kumpulan XN3
Kumpulan Sepah
Jihan
Amir
Kumpulan Kecik
Idlan
Alex
wan



Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000



Sistem Undian
50% Juri
50% SMS



Pengacara
 AC Mizal


Suara Ramai JUARA Maharaja Lawak!






                      2 Orang yang aku maksudkan tadi mestilah gabungan Johan & Zizan (Jozan) . .Hehe!  Jozan The Best. .Huhu!

Friday 1 April 2011

HaH ! ApRil Fool . .~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 1 April di sambut di kebanyakan negara. Ia disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.-Sumber Wikipedia Malaysia. Hah nie lg 1.Ada kah patut td time Ku on9. ada lah mnah seorang nie.dia kenakan aku .buat aku naik angin jak . .buduHh sggh tue org. .last dia say sorry gak ma aku!hehe !


ketahui apa itu April Fool:





          Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

          Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

         Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

        Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

        Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

       Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

         Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

         Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...